Tentang Product

Ardini Essential, sebuah jenama kosmetik  yang efektif dan bermutu tingggi, kini tampil dengan serum rawatan wajah intensif baharu dirumus khas buat golongan wanita moden yang sentiasa ingin tampil yakin dan jelita. 

Formulasi istimewa herba Habbatus Sauda atau black seed (nigella sativa) dilengkapi khasiat tambahan ekstrak zaitun memberikan kesan optimum bagi merawat wajah agar kekal remaja dan cerah mulus secara semulajadi.

Ardini Essential Multi Perfection Serum memberi kesan lembut namun efektif bagi memperbaiki struktur kulit yang rosak akibat jerawat, pigmentasi dan proses penuaan 
kulit. 

Formulasi herba habbatus sauda bertindak sebagai ejen anti-oksida alami yang meningkatkan keanjalan kulit, memperbaiki garis-garis halus sekaligus menegangkan struktur kulit wajah yang semakin mengendur akibat kekurangan kolagen. 

Ekstrak minyak zaitun asli membantu proses pembaharuan sel-sel kulit dengan lebih pantas sambil mencerahkan wajah agar kekal jelita. Dengan 1001 khasiat habbatus sauda di dalam Ardini Essential Multi Perfection Serum, tekstur kulit nyata lebih anjal, parut jerawat  tampil lebih cerah dan bintik-bintik hitam berkurangan secara ketara dalam masa hanya 14 hari pemakaian secara berterusan.

Teknologi serum diperkaya dengan herba sunnah habbatus sauda mampu membawa bahan premium menembusi lapisan kulit wajah terus kepada sel-sel akar secara efektif. Struktur gel cecair tanpa warna meresap pantas ke dalam kulit tanpa meninggalkan rasa melekit pada wajah. 

Ia merawat jauh dari dalam sambil meningkatkan penghasilan kolagen yang amat esential dalam meremajakan kulit.

Gabungan inovasi anti-penuaan, anti-oksida, anti-fungal dan anti-inflamasi premium yang terkandung di dalam rumusan ajaib serum ini menggalakkan kulit yang sihat bercahaya, selain menghidrat, melembap dan menampilkan kesan kulit muda remaja dalam tempoh pantas. 

Hadir dalam wangian lembut yang menenangkan, serum ini pastinya pilihan sempurna buat yang memiliki kulit sensitif lantaran ia terbukti secara klinikal tidak memberikan kesan sampingan seperti kulit menggelupas, merengsa atau kemerahan selepas pemakaiannya. 

Molekul-molekul aktif di dalam formulasi serum memberi tumpuan kepada semua lapisan kulit sambil bertindak secara eksklusif dalam pengawalan melanin dan bintik hitam. Hasilnya? Kulit tampil lebih mulus berseri secara semulajadi dan keyakinanmu kembali serta-merta!

Aplikasi pemakaiannya semudah 1,2,3. Pertama, bersihkan wajah dengan cleanser terlebih dahulu. Pedam wajah dengan kapas yang dibasahkan dengan toner, dan kemudian layangkan sapuan tipis Ardini Essential Multi Perfection Serum di wajah sebelum pemakaian krim siang atau malam.



Ardini Essential Multi Perfection Serum dirumus khas untuk kulit kering dan berminyak. 

Setiap botol serum dipelihara kualitinya tanpa formulasi bahan kimia yang boleh merosakkan struktur semulajadi kulit wajah. 

Ia telah menjalani proses saringan ujian logam berat dan mikrob oleh SIRIM Malaysia selain mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dirumuskan di kilang bertaraf GMP, Ardini Essential Multi Perfection Serum dijamin halal, bersih dan selamat tanpa  bahan daripada sumber  haiwan. 

Pengawet yang digunakan juga adalah dari bahan natural dan bebas Paraben. Lebih istimewa, serum ini turut sesuai digunakan oleh golongan lelaki yang pentingkan penjagaan ketrampilan luaran mahupun dalaman.