5 Sebab Kulit Wajah Berminyak Dan Berjerawat

Semakin ramai yang mengalami masalah kulit berminyak . Kulit berminyak menyebabkan kita kurang selesa, seterusnya mengganggu aktiviti harian kita, dan akhirnya ia boleh menjejaskan prestasi kerja kita. 

Kita akan rasa kurang keyakinan diri, terutama apabila melihat muka kita dalam gambar-gambar yang diambil setiap hari. Muka nampak kusam dan tidak bermaya, lebih-lebih lagi bila jerawat atau kesan parut kelihatan. 

Kulit yang berminyak menyebabkan jerawat tumbuh dan liang-liang roma tertutup
. Akibatnya berlakunya pengumpulan sel-sel mati dan meninggalkan kesan parut dan merosakkan kulit.


Punca Kulit Berminyak

Kulit berminyak berlaku daripada hasil pengeluaran sebum berlebihan iaitu bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi dari kulit kita. Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan sebum ini terhasil.







Makanan Berminyak


Punca utama kulit muka sentiasa berminyak ialah disebabkan makan makanan yang bergoreng, berminyak dan berlemak secara berlebihan. Makanan berminyak ini juga sebenarnya secara tidak langsung menjadi punca utama yang menyebabkan kulit kita berjerawat.

Hormon


Ketidakseimbangan hormon di dalam tubuh kita dapat memicu wajah menjadi berminyak. Hal ini terutama terjadi ketika seseorang pada masa puber maupun kehamilan.

Pemilihan Produk Pencuci Muka Yang Salah


Di pasaran terdapat banyak jenis pencuci muka yang boleh didapati dengan pelbagai harga, ada yang mahal dan ada juga yang murah. Tetapi tidak semuanya sesuai dengan kulit muka kita walaupun ada yang dinyatakan khusus untuk kulit yang berminyak. Jika tersalah pilih, boleh menyebabkan bahagian muka kita macam berminyak dan kelihatan shinning disebabkan minyak pada kulit wajah.

Genetik


Faktor genetik juga memainkan peranan untuk kulit muka selalu berminyak. Jika ibu bapa atau ahli keluarga ada yang mengalami masalah kulit berminyak yang teruk, maka tidak mustahil anda anda juga akan mengalami masalah yang sama.

Cuaca dan Aktiviti Luar


Cuaca yang panas meyebabkan kita mudah berpeluh. Peluh tersebut boleh menyebabkan kulit berminyak. tambahan pula bila kulit terdedah kepada sinar ultra ungu yang merbahaya menyebabkan  struktur kulit kita rosak.